Pages

LIPAS ( COCKROACH )


LIPAS (Cockroach) merupakan sejenis serangga dalam order Blattaria atau Blattodea yang sering dijumpai dimana-mana lokasi terutama didalam rumah lita. Lipas biasanya tinggal di kawasan gelap dan lembap seperti celah-celah almari dan di bawah sinki dimana ia amat menjijikan dan menakutkan ramai orang. Daripada laporan, terdapat kira-kira 4,500 spesis lipas diseluruh dunia dimana sekitar 30 spesis selalunya dikaitkan dengan tempat tinggal manusia dimana ia menjadikan habitat sebagai tempat tinggal. Dari jumlah tersebut sekitar empat (4) spesis lipas memang terkenal sebagai serangga perosak. Lipas adalah sejenis serangga kuno yang melalui proses adaptasi sehingga hari ini walaupun wujud semenjak 320 juta tahun dahulu. Lipas merupakan serangga yang sangat lasak dalam semua jenis keadaan daripada tahap sejuk di Artik sehingga suhu yang panas dikawasan tropika. Lipas hidup dengan memakan sisa makanan yang terbiar dan bahan organik lain yang boleh dikunyah dan dihadamkan. Sebenarnya keujudan lipas menyebabkan ia menyumbang kepada industri pengawalan serangga perosak yang bernilai jutaan ringgit dengan banyaknya syarikat swasta beroperasi tetapi masih gagal menghapuskan lipas sepenuhnya. Dimana-mana termasuk pasaraya, pasar malam, kedai runcit akan anda lihat dimana ada dijual pelbagai jenis perangkap lipas bagi tujuan untuk menghapuskan lipas tetapi masih gagal. Perangkap jenis bergam dengan umpan hormon atau makanan merupakan yang paling biasa dibeli dan digunakan.

Lipas mampu hidup diseluruh dunia dengan tumpuan utama populasi dikawasan sub-tropika dan tropika. Hebatnya lipas adalah ketahanan dikawasan suhu sejuk dimana dilaporkan pada suhu -122 Celcius pun ia masih hidup dengan mengeluarkan lapisan penebat dari bahan Glycerol. Ia mempunyai pelbagai julat habitat untuk hidup daripada diloteng rumah, dalam tanah, dalam batang kayu, runtuhan bangunan, longgokan sampah dan sebagainya. Ia juga terdapat dikawasan yang amat kurang dengan air atau dikawasan lembab berdekatan dengan air banyak. Terdapat juga spesis lipas mempunyai sistem menyimpan gelembong udara untuk ia menyelam dalam air buat beberapa lama yang mempunyai sifat 'aquatic cockroaches'. Lipas merupakan serangga sosial yang hidup secara berkumpulan dilokasi tertentu yang ujud banyak makanan. Ia mengeluarkan feromon yang akan membezakan antara satu kumpulan lipas dengan kumpulan yang lain. Lipas adalah serangga Nocturnal iaitu apabila terdedah kepada cahaya terang ianya akan larikan diri. Kebanyak jenis lipas aktif dalam gelap terutama di waktu malam untuk keluar bergerak dan mencari makanan.

Badan Lipas boleh dibahagikan kepada 3 bahagian seperti serangga lain iaitu Kepala, Thorax dan Abdomen. Bahagian abdomen lipas mempunyai 10 segmen. Bahagian paling luar badan lipas adalah exoskeleton agak keras yang mengandungi Kalsium carbonate yang melindungi organ dalaman lipas. Ia disambung dengan otot-otot yang akan membolehkan pergerakan lipas. Istimewanya lipas adalah dibadan lipas adalah ada lapisan lilin (coated with wax) yang menyebabkan ia kalis air dan terapong dipermukaan air apabila jatuh diatasnya. Air juga tidak melekat pada mana-mana badan dan organ lipas. Sepasang sayap lipas dari bahagian tengah thorax membolehkan ia berkembang dan terbang bagi beberapa spesis tertentu. Bagaimana pun ada jenis lipas yang tidak mempunyai kepak untuk terbang seperti jenis lipas tanah. Dari 3 pasang kaki yang mempunyai coxae besar dan 5 kuku dikakinya. Kaki dibahagian hadapan adalah pendek daripada kaki dibahagian badan lipas. Pada abdomen terdapat 10 segmen yang mana setiap segmen mempunyai spiracles untuk pernafasan. Untuk tujuan pembiakan lipas jantan mempunyai organ dipanggil 'Aedagus' dan lipas bentina mempunyai organ spermatheca untuk mengeluaran sperma. Keujudan lipas dalam rumah memang amat mengerunkan dan menakutkan ramai orang. Ada yang akan menjerit ketakutan melihat lipas lalu dikakinya dan ada puna yang tiada masaalah apabila nampak lipas. Apabila kita mengalih almari, buku lama atau susunan baju dalam almari sering ada terjumpa lipas. Lazimnya ramai akan meletakkan 'Ubat Gegat' yang mengurangkan serangan dan populasi lipas dlam almari baju. Ubat gegat ini adalah signifikan dalam menjauhi lipas. Pada penulis apa yang paling tidak menyeronokkan dalam hidup adalah apabila terkena 'Kencing Lipas' pada bahagian bibir ketika tidur malam. Bahan kimia yang kena pada mulut menyebabkan bibir bengkak, pecah, pedih dan menjadikan malu untuk jumpa orang lain. Ia memerlukan rawatan segera untuk mereka yang kena mengurangkan kompleksiti kesan kencing lipas. Lipas merupakan serangga yang boleh membawa penyakit jangkitan dimana ia sebaiknya dihapuskan atau dikawal populasinya.

Jenis-jenis Lipas Yang Perlu Anda Ketahui.
Ada orang takut ular, ada orang takut pacat dan lintah. Tapi, takut pada lipas lebih hebat dan dahsyat penangannya! hehe. Serangga berkaki halus ini kerapkali menyebabkan kita tak senang buat kerja di dalam rumah terutamanya di dapur. Kita sembur dengan ridsect, kita bagi racun lipas, tapi keturunannya masih ada sehingga ke hari ini. Bagi sesetengah orang mereka lebih suka kalau lipas ni tak keluar dari sarang mereka kan hehe.Lipas telah wujud sejak berjuta-juta tahun lamanya, dan terdapat beribu jenis spesis lipas yang boleh ditemui di seluruh dunia pada hari ini. Sesetengahnya mengambil nama sempena tempat ia ditemui seperti Lipas Amerika, Lipas Jerman dan Lipas Oriental.

Lipas Surinam (Surinam Cockroaches)
Lipas Surinam adalah jenis serangga yang merosakkan tanaman. Spesis ini paling banyak ditemui di kawasan tropika dan lembap seperti di bahagian tenggara Amerika. Lipas dewasa berukuran antara 18 hingga 25 mm panjangnya. Manakala, lipas betina dewasa mempunyai sayap yang berwarna cerah dan kepala yang berwarna hitam.
Lipas Surinam lebih meminati tempat yang gelap dan lembap yang tersembunyi di sebalik penjuru dan objek. Ia membiak melalui proses partogenesis, iaitu lipas betina menghasilkan telurnya tanpa bersenyawa dengan lipas jantan. Telur-telur akan disembunyikan dibawah abdomen si ibu dan menetas di dalamnya.

Berita baiknya, lipas Surinam tidak biasa dijumpai dalam rumah. Namun begitu,mereka sangat suka mengerumuni kawasan tanaman dan kebun-kebun. Disebabkan itu, mereka merupakan serangga perosak dan musuh kepada para petani.

Lipas Pasir (Sand Cockroaches)
Sesuai dengan namanya, ia mudah ditemui di padang pasir dan bukit berpasir. Lipas pasir ini adalah dari famili Corydalidae. Lipas pasir tinggal di dalam gumuk pasir hampir sepanjang tahun dan berupaya mengorek ke dalam tanah. Ia makan akar-akar yang tumbuh di padang pasir, yang mana ia merupakan sumber air kepada manusia. Lipas pasir adalah haiwan nokturnal, dan lipas betina dewasa akan tinggal di dalam gumuknya sepanjang hari untuk mengelakkan dari terkena cahaya matahari.
Lipas pasir ini tidak menganggu manusia dan tidak akan membiak di dalam rumah.

Lipas Terbang (Flying Cockroaches)
Haaaaaa! inilah jenis lipas yang banyak menghantui kita semua kan hahaha! Ni kalau dia terbang hinggap kat baju atau seluar, mau kita lari lintang pukang macam kena kejar dek anjing kan haha. Kebanyakkan spesis lipas ni mempunyai sayap, tetapi bukan semuanya yang pandai terbang. Ada beberapa spesis saja yang mampu terbang dalam jarak yang dekat, dan sebahagian yang menggunakan sayap mereka untuk menggelusuri dari tempat tinggi ke kawasan rendah.

Lipas Asia (Asian Cockroaches)
Lipas Asia (Blatella asahinal) adalah lipas yang paling banyak ditemui dia Asia Tenggara. Namun begitu lipas Asia telah berkembang biak dengan begitu pantas dan kini biasa menyusup ke dalam rumah di seluruh dunia. Pertama kalinya didokumentasikan pada tahun 1980an di Amerika, lipas Asia telah merebak ke seluruh Tenggara Amerika. Seperti spesis lain juga, lipas Asia adalah pemakan omnivor dan dikenali sebagai pembawa kuman dan boleh mendatangkan penyakit kepada manusia.
Lipas dewasa adalah sepanjang 13 hingga 16 mm panjang. Ia berwarna coklat terang dan mempunyai dua garisan selari di belakang kepala pronotum. Cara terbaik untuk menyingkirkan lipas ini adalah dengan cara mengenali tingkah laku mereka. Lipas Asia mampu terbang, manakala lipas Jerman tidak.

Lias Asia lebih menggemari tempat yang lembap dan teduh. Walaupun mereka lebih suka mengerumuni kawasan luar, mereka juga masuk ke dalam rumah. Lipas Asia aktif pada waktu senja dan akan terbang jauh untuk mencari sumber cahaya.

Lipas Kayu (Woods Cockroaches)
Lipas kayu atau Wood Cockroaches mempunyai badan berwarna coklat gelap dengan sayap yang berwarna coklat terang. Lipas dewasa berukuran antara 22 hingga 30 mm dan lipas betina berukuran antara 13 hingga 20 mm panjangnya. Lipas jantan boleh terbang manakal lipas betina tidak boleh terbang.

Secara asasnya, lipas kayu tidak masuk ke dalam rumah yang didiami manusia. Mereka tinggal di kawasan belukar atau hutan sepanjang tahun. Namun, antara bulan Mei dan Jun, dimana musim mengawan tiba, lipas jantan akan dapat menghidu bau feromon lipas betina dan akan pergi kepadanya walaupun ia berada di dalam rumah. Lipas ini juga boleh tinggal di dalam timbunan kayu.

Lipas Hijau (Green Cockroaches)
Juga dikenali sebgai lipas Cuba, lipas hijau adalah spesis tropika yang biasa dijumpai di Mexico, Amerika Tengah dan sebahagian Amerika Selatan dan juga kawasan lembap Tenggara Amerika di sepanjang perairan Gulf. Lipas Cuba berukuran antara 22 hingga 24 mm panjang. Tidak seperti spesis lipas yang lain, lipas hijau mempunyai sayap dan boleh terbang dengan baik.

Lipas hijau makan bahan yang berasaskan gula organik seperti buah-buahan. Lipas dewasa lebih pucat warnanya manakala lipas muda lebih gelap kehitaman warnanya. Biasanya dijumpai di luar, spesis ini adalah jenis konturnal dan mungkin tertarik kepada cahaya terutamanya di dalam kediaman manusia..

Lipas Albino (Albino Cockroaches)
Serangga yang dipanggil lipas albino ini sebenarnya adalah lipas yang melalui proses ekdisis dan pertukaran. Apabila kulit luar mulai tumbuh, yang juga dikenali sebagai kutikel, ia akan memisahkan kutikel tersebut. Kulit lembut di bawah yang berwarna putih akan kelihatan. Dalam beberapa jam, kutikel baru ini akan mula mengeras dan lebih gelap warnanya.