Pages

LALAT ( FLY )

Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya. 

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.
Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:-
- Lalat rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja.
- Lalat hijau
- Lalat tsetse Glossina yang berasal dari Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur.
- Lalat bunga
- Lalat buah Lalat askar hitam

Lalat merupakan haiwan yang hidup dan berkembang biak di tempat-tempat kotor dan berbau busuk. Serangga kecil ini sangat bergantung kepada penglihatan untuk bertahan hidup, mata majemuknya terdiri atas beribu-ribu lensa dan sangat peka terhadap pergerakan. Beberapa jenis lalat mempunyai penglihatan tiga dimensi yang tepat. Pada masa ini, terdapat tidak kurang dari 60,000 - 100,000 spesies lalat di dunia.

Jenis lalat yang perlu diberi perhatian di antaranya lalat rumah (Musca domestica), lalat hijau (Lucilla seritica), lalat biru (Calliphora vornituria), dan lalat latirine (Fannia canicularis). Dari empat jenis tersebut, lalat rumah adalah yang paling dikenal sebagai pembawa penyakit. dan banyak dijumpai di tempat-tempat yang terdapat sampah basah hasil buangan rumah tangga, terutama yang kaya zat-zat organik yang mudah berbau busuk. lalat mencari makanan dan tempat membiak.

Bermacam-macam mikroorganisma penyebab penyakit melekat di kaki lalat dan rambut-rambut halus di sekujur tubuhnya. Pelbagai penyakit yang disebabkan oleh lalat biasanya berkaitan dengan saluran pencernaan. kerana perpindahan kuman dan mikroorganisma dari lalat ke dalam tubuh manusia terjadi secara mekanikal. Lalat dari tempat kotor dan busuk kemudian hinggap di makanan sehingga makanan tercemar. Mikroorganisma akan masuk ke dalam tubuh manusia bersamaan dengan makanan itu.

Penyakit-penyakit yang biasanya disebarkan lalat antara lain kolera, cirit-birit, disentri, demam tipus, dan virus penyakit saluran pencernaan. Lalat juga dapat menularkan penyakit difteria, membawa virus penyakit polio dan gatal-gatal pada kulit.

Cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan populasi lalat antara lain dengan menggunakan alat perangkap, umpan, dan alat pembunuh elektrik. Namun, cara ini hanya berkesan pada skala kecil, seperti rumah, pejabat, dan hotel. Cara terbaik untuk mengelakkan gangguan lalat adalah dengan selalu menjaga kebersihan di kawasan sekitar tempat tinggal dan tidak membuang sampah organik di tempat yang sepatutnya.
 

Lalat Rumah ( Musca Domestica )
Sejenis lalat dalam suborder Brachycera. Lalat rumah merupakan lalat yang paling biasa ditemui di dalam rumah, meliputi kira-kira 90% daripada semua lalat di tempat tinggal manusia, dan merupakan salah satu daripada serangga yang paling luas tersebar di seluruh dunia. Lalat rumah dianggap serangga perosak yang membawa penyakit berbahaya.

MORFOLOGI LALAT RUMAH (Musca Domestica)


Klasifikasi Lalat Rumah
Kingdom: Animalia
Phylum: Arthoropoda
Kelas: Hexapoda
Ordo: Diptera
Family: Muscidae
Genus: Musca
Spesies: Musca domestica.

Morfologi
Lalat rumah berukuran sedang, panjangnya 6-7,5 mm, berwarna kelabu ke hitam dengan empat garis memanjang pada bagian punggung. Mata lalat betina mempunyai celah lebih lebar dibandingkan lalat jantan. Antenanya terdiri atas 3 ruas, ruas terakhir paling besar, berbentuk silinder dan memiliki bulu pada bagian atas dan bawah Bagian mulut atau probosis lalat seperti paruh yang menjulur digunakan untuk menusuk dan menghisap makanan berupa cairan atau sedikit lembek. Bagian ujung probosis terdiri atas sepasang labella berbentuk oval yang dilengkapi dengan saluran halus disebut pseudotrakhea tempat cairan makanan diserap. Sayapnya mempunyai empat garis (strep) yang melengkung ke arah kosta/rangka sayap mendekati garis ketiga. Garis (strep) pada sayap merupakan ciri pada lalat rumah dan merupakan pembeda dengan musca jenis lainnya. Pada ketiga pasang kaki lalat ini ujungnya mempunyai sepasang kuku dan sepasang. Bantalan disebut pulvilus yang berisi kelenjar rambut. Pulvilus tersebut memungkinkan lalat menghiggap atau mengambil kotoran pada permukaan halus kotoran ketika hinggap di sampah dan tempat yang kotor.

Kitaran Hidup Lalat
Kitar hidup ada 4 peringkat: telur, larva (ulat), pupa dan dewasa. Bergantung pada temperature. Lama pertumbuhan (telur-dewasa) 6-42 hari. Longevity (lama kehidupan lalat) 2-3 minggu, pada keadaan sejuk hidup sampai 3 bulan. Dalam kehidupan lalat dikenal ada 4 (empat) tahapan yaitu mulai dari telur, larva, pupa dan dewasa. Lalat membiak dengan bertelur, berwarna putih dengan saiz lebih kurang 1 mm panjangnya. Setiap kali bertelur akan menghasilkan 120-130 telur dan menetas dalam masa 8-16 jam .Pada suhu rendah telur ini tidak akan menetas (dibawah 12 -13 º C). Telur yang menetas akan menjadi larva berwarna putih kekuningan, panjang 12-13 mm. Akhir dari phase larva ini berpindah tempat dari yang banyak makan ke tempat yang sejuk guna mengeringkan tubuhnya, Setelah itu berubah menjadi kepompong yang berwarna coklat tua, panjangnya sama dengan larva dan tidak bergerak. Phase ini berlangsung pada musim panas 3-7 hari pada suhu 30-35 º C, Kemudian akan keluar lalat muda dan sudah boleh terbang antara 450-900 meter, Kitaran hidup dari telur hingga menjadi lalat dewasa 6-20 hari Lalat dewasa panjangnya lebih kurang ¼ inci, dan mempunyai 4 garis yang agak gelap hitam dipunggungnya. Beberapa hari kemudian sudah bersedia untuk berproduksi, pada keadaan normal lalat dewasa betina boleh bertelur hingga 5 (lima) kali. Umur lalat pada umumnya kira-kira 2-3 minggu, tetapi pada keadaan yang lebih sejuk biasa sampai 3 (tiga) bulan Lalat tidak kuat terbang mencabar arah angin, tetapi sebaliknya lalat akan terbang jauh mencapai 1 kilometer.

Lalat Hijau ( Green Bottle Fly )
Lalat hijau (bahasa Inggeris: Green bottle fly atau greenbottle fly) merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat hijau bersaiz lebih besar berbanding lalat rumah dan mempunyai badan yang warna hijau berkilat. Lalat hijau biasanya berbunyi berdengung-dengung. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya. Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya.


Lalat Bunga ( Hoverfly )
Lalat bunga (bahasa Inggeris: hoverfly) adalah sejenis serangga dalam keluarga Syrphidae. Seperti namanya, lalat bunga sering dilihat di bunga; lalat bunga dewasa dalam banyak spesies makan nektar dan debunga, sementara berenga lalat bunga makan pelbagai jenis makanan. Kira-kira 6,000 spesies dalam 200 genus telah dikenalpasti. Lalat bunga dapat dijumpai di seluruh benua kecuali Antartika.
 
 

Simosyrphus Grandicornis
Simosyrphus grandicornis adalah spesies Australasian daripada Lalat bunga, dan merupakan salah satu daripada dua hoverflies paling biasa di Australia, di samping viridiceps Melangyna. Ia telah diperkenalkan kepada beberapa Kepulauan Polinesia dan Hawaii.
 

Lalat Buah ( Tephritidae )

Tephritidae adalah salah satu daripada keluarga lalat yang dirujuk sebagai "lalat buah." Tephritidae tidak termasuk [organisma model biologi dalam genus Drosophila (Drosophilidae), yang selalunya dipanggil "lalat buah biasa" atau bari-bari. Terdapat hampir 5,000 spesies lalat buah tephritid yang dikenalpasti, dikategorikan dalam hampir 500 genus. Pemerihalan, kategori semula, dan analisis genetik berterusan mengubah taksonomi famili ini. Untuk membezakannya daripada Drosophilidae, Tephritidae kadang-kadang dipanggil lalat merak (peacock flies), merujuk tandanya yang terperinci dan berwarna -warni.

 



Lalat Askar Hitam ( Hermetia illucens )

spesies paling biasa ditemui dalam famili Stratiomyidae. Ia terdapat di Eropah, Afrika tropika, Australasia, Amerika Tengah dan timur Asia termasuk Malaysia. Lalat askar hitam adalah sejenis lalat yang tidak dikategorikan sebagai pembawa penyakit. Tempoh hidup seekor lalat askar hitam dewasa adalah di sekitar 5 hingga 7 hari sahaja. Lalat askar hitam dewasa juga tidak mempunyai mulut, tugas bersama pasangannya hanyalah untuk mengawan dan bertelur.

 
 
 Lalat Askar Hitam hinggap di bunga



Kitaran hidup

Anggaran tempoh hayat seekor lalat askar hitam terpanjang semasa di peringkat lava. Ia bergantung kepada makanan yang ada, lava akan membesar sehingga sepanjang setengah inci.

 Lalat Askar Hitam sedang mengawan


Telur

Seekor lalat askar hitam boleh bertelur sehingga 500 selama hayatnya seminggu. lalat askar hitam betina akan mencari tempat-tempat yang strategik di persekitaran tempat bahan bahan busuk agar mudah anak-anak lavanya mencari makanan. Kebiasaannya di celah-celah rekahan, bawah daun dan berongkoi-rongkoi kecil tajam berwarna putih kekuningan. Bergantung kepada suhu dan cuaca.

Telur akan menetas dalam masa 4 hari atau lebih.



Lava

Selepas menetas lava akan merangkak ke tempat gelap dan busuk untuk makan. Sekiranya cuaca membenarkan dan makanan cukup, lava boleh matang dalam masa 20 hari. Selepas itu ia akan segera keluar dari tempat gelap dan busuk untuk mencari tanah. Ia akan masuk ke dalam tanah dan akan berubah menjadi pupa selepas beberapa hari. Lava boleh hidup sehingga 6 bulan sekiranya makanan masih tidak mencukupi.

Lava matang berwarna hitam bersaiz sekitar 0.7inci

Pupa

Tempoh pupa Lalat Askar Hitam adalah seminggu. Ianya keras dan akan menetaskan Lalat Askar Hitam dewasa.



Dewasa

Lalat Askar Hitam dewasa berukuran 7-10mm menyerupai penyengat kecil, tetapi tidak mempunyai mulut. Berwarna hitam dan keperang perangan. Ada juga spesis yang berwarna biru. Lalat Askar Hitam dilahirkan samada jantan atau betina hanya untuk tujuan mengawan dan bertelur. Sebab itu Lalat Askar Hitam tidaklah boleh dijadikan penyebab pembawa penyakit, kecuali ianya hinggap di makanan manusia yang sememangnya sudah busuk.

 
Hermetia Illucens / Lalat Askar Hitam dewasa di Malaysia



Manfaat Lalat Askar Hitam

Lava dari lalat semut hitam yang matang mengandungi 45 peratus protin dan 35 peratus lemak. Terdapat kajian dan juga telah di komersialkan beberapa alat untuk mengumpul lava matang ini dan menjadikannya makanan utama untuk industri perikanan dan penternakan ayam. Teknologi biodisel juga boleh dihasilkan daripada lava lalat ini. Oleh kerana sikap kerakusan lava ini, bahan bahan buangan organik boleh dikomposkan dalam sesingkat masa mungkin.

Di beberapa makmal negara maju, lava lalat askar hitam juga digunakan untuk tujuan forensik dan perubatan. Di Vietnam, lava lalat askar hitam digoreng dan dibuat juadah makanan.



Mudarat Lalat Askar Hitam

Terdapat satu kes terpencil di Malaysia di mana seorang budak perempuan di masukkan ke hospital kerana penyakit serius. Beliau memuntahkan 2 ekor lava yang dikenal pasti berasal dari lalat askar hitam. Kawasan ternak lava lalat askar hitam biasanya berbau busuk dan tidak sesuai ditempatkan berhampiran perumahan.