.

BANNER

Perkhidmatan Kawalan Serangga Perosak

Anda menghadapi masalah serangga dikawasan tempat anda??....Kami Pakar dalam membasmi, memusnahkan dan mengawal pelbagai jenis serangga perosak ditempat anda. Anai-Anai,

Nyamuk, Tikus, Semut, Lipas, Pepijat, dan Lain-lain Serangga Perosak.

Selamatkan Keluarga Anda Dengan Memastikan Persekitaran Tempat Anda Bersih Daripada Pelbagai Serangga Perosak.

Untuk Keterangan Lanjut Boleh Hubungi:
013-3058353 (sabri) sabripest007@gmail.com
019-3093887 (khairan) khairan85@gmail.com


No.1 Jalan AU5 Taman Lembah Keramat, 54200 Kuala Lumpur








Mengenali Serangga Perosak
Dalam kediaman kita mahupun kedai makan atau pejabat,adalah menjadi kebiasaan untuk kita berkongsi ruang dalam bangunan kita dengan haiwan lain seperti serangga dan tikus. Namun haiwan seperti ini adalah perosak yang akan menyebabkan keburukan. Antara haiwan yang tersenarai sebagai haiwan perosak dan memerlukan pembasmian iaitu ( pest control ) ialah:
  1. Anai-anai 
  2. Semut 
  3. Lipas 
  4. Tikus 
  5. Bed bugs atau pepijat 
  6. Fleas atau Kutu
ANAI-ANAI ( TERMITE )
 

Anai-anai merupakan serangga di bawah kumpulan Isoptera. Isoptera merujuk kepada peringkat pembiakan dewasa yang mempunyai dua pasang sayap yang sama saiznya. Struktur badannya yang ringkas menunjukkan anai-anai telah berpecah daripada moyangnya semasa evolusi serangga melalui metamorphosis berperingkat sejak zaman dahulu kala lagi. Walaupun morfologinya ringkas namun anai-anai sangat maju dalam tingkah laku sosialnya.Taburan terkini menunjukkan bahawa terdapat 2800 nama spesis yang sah dalam 285 genera di muka bumi ini.Sebahagian besar anai-anai terdapat di kawasan tropika dan ia adalah serangga sosial yang sama seperti semut, tebuan dan lebah. Mereka mempamerkan penjagaan induk dalam kalangan komuniti sosial atau koloninya. Koloni adalah satu keluarga besar serangga. Dalam keluarga ini terdapat pertindihan di antara ibubapa dan generasi anak-anaknya. Sesetengah anaknya akan berpecah daripada pertumbuhan biasa untuk menjadi kasta yang lain. Anai-anai tidak seperti serangga lain yang mempunyai satu laluan pertumbuhan, ia mempunya laluan pertumbuhan yang bercabang.

Kitaran Hidup Anai-Anai
Anai-anai subteranian adalah anai-anai yang menghuni di dalam tanah dan merupakan serangga sosial yang hidup dalam koloni. Koloni anai-anai subteranian boleh hidup sejauh 18-20 kaki daripada permukaan tanah bagi melindungi mereka daripada cuaca yang melampau.Koloni anai-anai yang matang mempunyai tiga kasta iaitu pembiak (raja dan permaisuri), askar dan pekerja.Koloni baru akan terbentuk apabila anai-anai jantan dan anai-anai betina yang bersayap (kelkatu) terbang keluar daripada koloni asal. Kesemua kelkatu jantan dan betina akan terbang keluar pada jarak yang berbeza-beza dan peratus bagi mereka membina sebuah koloni yang baru adalah amat kecil. Hal ini kerana, mereka mungkin akan diserang oleh pemangsa seperti burung, katak, serangga lain dan kebanyakkannya mati disebabkan dihidrasi dan kecederaan.
Pasangan kelkatu yang berjaya hidup akan terus membuat satu sarang kecil di dalam tanah sebelum mereka mengawan. Mereka akan menggali tanah yang berhampiran dengan kayu kemudian akan memasuki ruang tersebut dan menutup semula pembukaannya. Pada permulaannya, permaisuri hanya bertelur beberapa biji telur sahaja. Anai-anai betina yang subur hanya menghasilkan 6 ke 20 biji telur pada enam bulan pertama selepas mereka keluar daripada sarang asalnya dan mereka mungkin akan menghasilkan lebih daripada 60,000 telur sepanjang hayat mereka. Raja anai-anai akan tinggal bersama permaisurinya untuk proses mengawan secara berkala bagi memastikan jumlah telur mereka akan berkembang secara berterusan. Permaisuri mereka juga mampu untuk hidup sehingga 25 tahun. Untuk Lebih Info Klik Disini
 

NYAMUK ( MOSQUITO )
 
Adakah anda kenal jenis-jenis nyamuk di persekitaran anda?, negara kita memang ada banyak nyamuk terutamanya di kawasan yang ada banyak punca air dan juga tumbuh-tumbuhan. Samada kita berada di luar bandar maupun di dalam bandar, nyamuk pasti datang untuk menghisap darah mangsanya
Jika kita sentiasa berada di dalam bangunan besar yang berhawa dingin, mungkin tidak terasa akan kehadiran nyamuk ini. Tetapi apabila kita keluar dan berada di kawasan luar seperti di kedai makan yang terletak berhampiran sungai umpamanya, kehadiran naymuk cukup terasa. 

Bagi kebnayakan orang semua nyamuk sama sahaja. Bagi sesetengah orang pula dia lebih peka dengan melihat tabiaat dan bentuk nyamuk yang datang menggitnya dan mampu membezakannya. Sekurangnya dapat membezakan adanya cara dan bentuk berbeza nyamuk yang sedang hinggap padanya. Cuma tak ramai yang mengenali jenis-jenis nyamuk yang ada di persekitarannya. 
Kenali jenis-jenis nyamuk di persekitaran anda
Ada beberapa jenis nyamuk yang biasa berada di sekitar penempatan kita yang penting untuk di kenal pasti. Ianya penting kerana jenis-jenis nyamuk ini mampu membawa penyakit kepada manusia yang berada di sekelilingnya. Antaranya adalah seperti berikut:
 
Untuk Lebih Info Klik Disini

TIKUS ( RAT / MOUSE ) 
Tikus banyak menimbulkan masalah di segenap penjuru dunia dengan sentiasa mengekori ke mana sahaja manusia berada. Populasi tikus seluruh dunia menunjukkan peningkatan yang tinggi lebih-lebih lagi dengan suasana pergerakan komoditi makanan, pergerakan barangan serta manusia melalui berbagai kenderaan ke seluruh pelusuk dunia.Tikus merupakan antara musuh manusia yang paling tegar dan menyebabkan berbagai penyakit yang merbahaya termasuklah wabak, kencing tikus (Leptospirosis), keracunan makanan, penyakit alahan tikus dan lain-lain. Penyakit berpunca dari tikus pernah membunuh seramai 25 juta rakyat Eropah pada abad ke-14 dan berjuta lagi selepas itu di tempat-tempat yang lain. Untuk Lebih Info Klik Disini
LIPAS ( COCKROACH )
 

Kitaran hidup seekor lipas adalah sebagaimana berikut:
  1. Telur dikeluarkan dalam satu sarang telur. Sarang telur ini mengandungi antara 16 hingga 40 biji telur.
  2. Daripada sarang telur itu, muncul lipas muda ( nimfa ).
  3. Nimfa bersalin kulit beberapa kali.
  4. Akhirnya, nimfa itu menjadi lipas dewasa.
  5. Kitaran hidup berterusan apabila lipas dewasa bertelur. 

Antara fakta menarik tentang lipas adalah:
  1. Lipas boleh hidup selama sebulan tanpa makanan tetapi hanya boleh hidup selama seminggu tanpa air.
  2. Lipas boleh hidup seminggu tanpa kepala.
  3. Lipas makan apa sahaja seperti sabun, buku dan rambut.
  4. Lipas mempunyai sekurang-kurangnya 18 lutut.
  5. Fossil lipas menunjukkan bahawa lipas telah wujud lebih kurang 350 juta tahun dahulu, sejak zaman dinasour lagi.Keadaan lipas sama sahaja sejak dulu hingga sekarang.
  6. Lipas didapati membawa lebih 40 bakteria atau virus di badannya yang boleh membawa pelbagai jenis penyakit.
  7. Lipas adalah antara haiwan paling laju di daratan. Ia boleh berlari sejauh 3 batu dalam masa sejam.
  8. Lipas hanya mempunyai kepak apabila dewasa.
  9. Semua jenis spesies mempunyai badan yang leper yang membolehkan mereka menyorok dalam tempat yang retak dan rekah.
  10. Lipas German mempunyai pad pada kaki yang membolehkan mereka memanjat semua jenis permukaan dengan mudah. Sebab itu mereka juga boleh dijumpai lebih tinggi daripada aras lantai.
  11. Lipas mencuci badan mereka dengan menggunakan mulut. Ini adalah cara utama racun memasuki badan mereka(ditelan).
  12. Najis lipas bersaiz kecil kurang daripada 1-2 mm panjang dan berbentuk silinder, berwarna perang atau hitam. Kadangkala saiznya yang besar akan disangka najis anak tikus.
  13. Lipas yang terberat adalah 33.5 g Macropanesthia rhinoceros manakala spesies terkecil adalah Attaphila fungicola, mencecah hanya 3 mm. Untuk Lebih Info Klik Disini
LALAT ( FLY )
Lalat merupakan sejenis serangga yang boleh terbang. Lalat makan dengan memuntahkan air liurnya keluar dan menyerap kembali makanan yang separuh hadam masuk kedalam perutnya melalui belalainya. 

Lalat merupakan sejenis serangga yang mampu menyebarkan penyakit, disebabkan cara permakanannya dan sifatnya yang sering terbang ketempat yang kotor seperti dalam tandas, tempat sampah dan sebagainya. Lalat adalah salah satu jenis serangga makhluk perosak yang paling mudah dijumpai.

Namun begitu jenis lalat buah dan bunga tidak di kategorikan sebagai pembawa penyakit. Walaupun semua lalat suka menghinggapi tempat yang kotor, tong sampah dsbnya, lalat askar hitam umpamanya hanya terbang dipersekitaran kompos untuk tujuan mengawan dan bertelur.
Terdapat pelbagai jenis lalat, antaranya adalah:-
  • Lalat rumah atau biasanya dikenali sebagai lalat sahaja.
  • Lalat hijau
  • Lalat tsetse Glossina yang berasal dari Afrika, biasanya menghisap darah manusia dan binatang dan menyebarkan penyakit tidur.
  • Lalat bunga
  • Lalat buah
  • Lalat askar hitam  Untuk Lebih Info Klik Disini
LEBAH ( BEE )
 
Lebah merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan mereka dalam mengahwinkan bunga, menghasilkan madu dan juga lilin lebah. Terdapat kira-kira 20,000 spesies lebah, dan ia boleh didapati di setiap benua, kecuali Antartik. 

Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat.
 
Apabila berbicara mengenai lebah, kebanyakan orang akan terfikir tentang 'lebah sosial' - kawanan lebah madu, atau kumpulan-kumpulan lebah. Hakikatnya, sebahagian besar lebah adalah lebah tentera, yakni menjalani kehidupan seperti lebah tunggal, membina sel sarang tunggal, berbanding bekerja dengan lebah lain untuk meningkatkan jumlah besar keturunan di sarang.
 
Sebagai serangga, ia mempunyai tiga pasang kaki dan dua pasang kepak. Lebah membuat sarangnya di atas bukit, di pohon kayu dan pada atap rumah. Sarangnya dibina daripada lilin yang terdapat dalam badannya. Lebah memakan madu bunga dan debunga. Untuk Lebih Info Klik Disini

KELAWAR ( BATS )
 
Kelawar adalah daripada susunan Chiroptera. Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera, dan kelawar (bahasa Inggeris microbat) dalam sub-susunan Microchiroptera. Fosil kelawar terawal dikelaskan sebagai Icaronycteris.

Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar. Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.Untuk Lebih Info Klik Disini