.

BANNER

KELAWAR ( BATS )

Kelawar adalah daripada susunan Chiroptera. Kelawar terbahagi kepada dua iaitu Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera, dan kelawar (bahasa Inggeris microbat) dalam sub-susunan Microchiroptera. Fosil kelawar terawal dikelaskan sebagai Icaronycteris.
Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Secara kasar kelawar dibahagikan kepada dua sub-susunan (suborder) iaitu 175 spesies keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera, dan kelawar (kelawar kecil-microbats). Kedua dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies, dan 16 keluarga kelawar. Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga, dan darah. Kebanyakan kelawar didapati di kawasan basah tropika, tetapi kelawar juga terdapat di kebanyakan bahagian dunia kecuali dikawasan kutub, pulau yang terpencil, dan di pergunungan yang tinggi.

Kelawar di Malaysia
Cecadu Bahu Putih
Cecadu Besar
Cecadu Bukit
Cecadu Dayak
Cecadu Gua
Cecadu Hitam Pudar
Cecadu Kepala Hitam
Cecadu Madu Bakau
Cecadu Madu Bukit
Cecadu Pisang
Cecadu Pisang Besar
Cecadu Sayap Berbintik
Cecadu Tidak Berekor
Kelasar Batin
Kelasar Johor
Kelasar Lubang Kayu
Kelasar Rumah
Kelawar Bahu Puteh
Kelawar Bakau
Kelawar Benom
Kelawar Buas
Kelawar Bulu Emas
Kelawar Buluh Besar
Kelawar Buluh Kecil
Kelawar Dada Putih
Kelawar Dagu Hitam
Kelawar Dandam Tiada Ekor
Kelawar Daun Pisang
Kelawar Hidung Laras Bukit
Kelawar Hidung Laras Kecil
Kelawar Hidung Laras Telinga Bulat
Kelawar Hidung Mas
Kelawar Hidung Pendek
Kelawar Hidung Pendek Jawa
Kelawar Hidung Pendek Terkecil
Kelawar Hitam Kuning
Kelawar Hutan
Kelawar Hutan Besar
Kelawar Hutan Terkecil
Kelawar Jari Panjang
Kelawar Jari Panjang Bukit
Kelawar Kaki Besar Kelabu
Kelawar Kecil
Kelawar Kecil Berbulu
Kelawar Kepak Jernih
Kelawar Kepak Panjang
Kelawar Kumis Burma
Kelawar Kumis Gigi Kecil
Kelawar Kumis Gua
Kelawar Kupu-kupu
Kelawar Ladam Berbulu
Kelawar Ladam Berpalang
Kelawar Ladam Bukit
Kelawar Ladam Bulat
Kelawar Ladam Bulat Armiger
Kelawar Ladam Bulat Besar
Kelawar Ladam Bulat Biasa
Kelawar Ladam Bulat Gua
Kelawar Ladam Bulat Kecil
Kelawar Ladam Bulat Lawas
Kelawar Ladam Bulat Malaya
Kelawar Ladam Bulat Pinang
Kelawar Ladam Bulat Singapura
Kelawar Ladam Bulat Terbesar
Kelawar Ladam Bulu Halus
Kelawar Ladam Bulu Hitam
Kelawar Ladam Bulu Kilat
Kelawar Ladam Bulu Kilat Refulgens
Kelawar Ladam Hutan
Kelawar Ladam Kenarong
Kelawar Ladam Muka Kuning
Kelawar Ladam Semenanjung
Kelawar Ladam Telinga Panjang
Kelawar Ladam Terbesar
Kelawar Ladam Terkecil
Kelawar Ladam Tidak Berekor
Kelawar Ladam Utara
Kelawar Lobang Batu
Kelawar Lubang Kayu
Kelawar Malam Kecil
Kelawar Muka Lekok
Kelawar Muncung Perisai
Kelawar Petang Palsu
Kelawar Petang Palsu Kecil
Kelawar Petang Palsu Serdahana
Kelawar Peter
Kelawar Rumah
Kelawar Serampang
Kelawar Tapak Tangan Putih
Kelawar Telinga Lebar
Kelawar Telinga Pendek
Kelawar Telinga Putih
Kelawar Telinga Putih Jagorii
Kelawar Teng-teng / Kelawar Centeng
Kelawar Tidak Berekor Malaya
Kelawar Tikus Telinga Kecil
Keluang
Keluang Kecil

Nama Tempatan Tidak Diketahui.
Arielulus circumdatus
Cynopterus sphinx
Emballonura alecto
Eonycteris major
Harpiocephalus harpia
Harpiocephalus mordax
Hipposidaros ater
Hipposidaros coxi
Hipposidaros dyacorum
Hipposideros lekaguli
Hipposideros pomona
Kerivoula whiteheadi
Miniopterus australis
Miniopterus magnater
Miniopterus pusillus
Myotis hermani
Myotis macrotarsus
Myotis mystacinus
Nytalus stenopterus
Pipistrellus ceylonicus
Pipistrellus cuprosus
Pipistrellus kitcheneri
Pipistrellus petersi
Pipistrellus vondermanni
Rhinolophus arcuatus
Rhinolophus borneensis
Rhinolophus convexus
Rhinolophus creaghi
Rhinolophus marshalli
Rhinolophus philippinensis
Rousettus spinalatus
Saccolaimus saccolaimus

KELAWAR (Bats) adalah haiwan daripada order Chiroptera. Kelawar yang saya rujuk boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Jenis Keluang (Megabats) dalam sub-susunan Megachiroptera dan juga Kelawar (dalam bahasa Inggeris di panggil Microbat). Kebanyakan spesis kelawar adalah didalam sub-order Microchiroptera. Haiwan ini telah ujud semenjak zaman pra serajah lagi bersama-sama zaman dinosour yang kekal sehingga kehari ini dimana terdapat banyak fossil kelawar dijumpai. Kajian saintis mendapati kelawar adalah dikelaskan sebagai 'Icaronycteris'. Kelawar merupakan satu-satunya mamalia yang telah berubahsuai dan mempunyai keupayaan untuk terbang seperti burung. Ini kerana kelawar mempunyai tangan yang berkepak untuk ia terbang. Walaupun terdapat mamalia lain seperti tupai terbang yang mampu bergerak melalui udara, tupai terbang hanya mampu meluncur dan bukannya benar-benar terbang. Terdapat lebih kurang 1,000 spesies kelawar yang terdiri daripada pelbagai saiz dan bentuk di dunia. Saintis juga mendapati terdapat 3 kumpulan kelawar berdasarkan cara dan pemakanannya iaitu Kelawar Biasa yang makan serangga (Hampir 70% spesis kelawar), Kelawar Menghisap Darah (Ada 3  spesis) dan Kelawar Makan Buah-buauan (Bermusim). Kelawar yang menghisap darah haiwan (Vampire bats) adalah natif atau  terdapat di beberapa negara seperti di Mexico, Chile, Argentina dan Brazil. Tedapat 3 spesis kelawar vampire iaitu Vampire Biasa (Desmondus rotundus), Vampire Kaki Berbulu (Diphylla ecaudata) dan Vampire kaki Putih (Diaemus youngi.


Secara kasar kelawar boleh dibahagikan kepada dua suborder iaitu melibatkan sebanyak 175 spesis Keluang (kelawar besar-megabats) yang membentuk suborder Megachiroptera. Seterusnya adalah Kelawar (kelawar kecil sub- order Microbats). Kajian saintis menmbahagikan kedua-dua suborder kelawar membentuk keluarga kelawar yang terdiri daripada 1 keluarga keluang yang terdiri daripada 42 genus dengan 150 spesies dan 16 keluarga kelawar. Kelawar-kelawar ini mempunyai makanan khusus yang terdiri daripada buah-buahan, serangga dan darah. Kebanyakan kelawar hidup dibanyak lokasi terutama dikawasan tropika yang lembap basah. Walau pun kelawar dijumpai dikawasan lain bahagian dunia dengan populasi kecil tetapi tidak terdapat dikawasan kutub, pulau yang terpencil dan di tempat pergunungan yang tinggi.

Kelawar mempunyai saiz dari yang kecil sekitar 30 mm panjang (Kelawar Jenis Kitti) sehingga jenis kelawar sebesar kepaknya selebat 1.7 meter dengan berat mencecah 2 kg iaitu Giant Golden Crowned Flying Fox. Warna tubuhnya juga berbeza-beza bergantung kepada warna bulu, jenis habitat sekeliling dan juga spesis. Perbezaan nyata antara Keluang dengan Kelawar adalah dimana kelawar merupakan haiwan menggunakan deria bunyi untuk terbang (echolocation) tetapi kelawar mempunyai deria penglihatan mata yang baik di malam hari. Kelawar tidak mempunyai kuku (claws) dibahagian jari (toe) dan foreimbs seperti keluang. Keluang lazimnya lebih banyak bulu disekeliling tubuhnya tetapi kelawar kurang berbulu atau tidak ada bulu langsung. Makanan bagi keluang adalah buah-buahan, manisan nektar tumbuhan dan juga debunga tumbuhan sementara bagi kelawar kebanyakannya hanya makan serangga. Terdapat juga kelawar yang menghisap darah, makan katak, anak ikan dan sebagainya sebagai haiwan pemangsa.

Pada saya yang paling istimewa mengenai kelawar adalah kepaknya yang mampu menerbangkan kelawar. Kelawar akan buka kepaknya yang lebar dan mampu bergerak pantas diudara serta mempunyai daya pusingan (menouver) yang tangkas tidak seperti gerakan burung (Lihat foto sebelah). Ini membolehkan kelawar mampu menangkap serangga dengan cekap sebagai makanannya. Terdapat kuku pada jari tangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Uniknya juga kepak kelawar mudah dipulihkan apabila cedera atau terkoyak dengan cepat. Kemampuan tisu kepak ini mebaiki kerosakan sama dengan bahagian tulang kepak yang cedera seperti tisu pada kuku manusia yang sentiasa tumbuh. 

Selain ia mampu terbang dalam gelap malam, lazimnya kelawar tinggal didalam habitat seperti dalam gua, rumah dan juga kawasan yang terlindung. Didalam sarang kelawar tinggal disarang dengan bergantung dimana kakinya dibahagian atas dan kepalanya dibahagian bawah. Pada saya dunia kelawar memang terbalik dengan haiwan biasa. Sudahlah keluar hanya pada waktu malam, cara ia tidur pun terbalik daripada haiwan biasa. Kelawar mengawan dan kelawar betina akan menyimpan sperma dalam sesalur sehingga ia bersedia untuk mengandung dan melahirkannya. Lazimnya seekor kelawar betina melahirkan seekor anak walau pun ada sehingga 2-3 ekor. Anak kelawar akan dipelihara ibunya dengan menyusukannya sehingga ia mampu untuk terbang dan mencari makanan sendiri (Ia mamalia kan...sama macam manusia juga).

Kelawar Pisang

Spesies eksklusif untuk Meksiko barat, kelawar pisang yang terkenal karena moncongnya yang sangat panjang, terpanjang dari setiap kelelawar (relatif terhadap ukuran). Haiwan ini nectarivorous, yang bererti makan pada nektar yang merupakan penyerbuk penting dalam habitat hutan tropika. Ia mendapatkan namanya karena sering ditemukan di perkebunan pisang.

Kelawar Hantu

Kelawar berbulu putih ini ditemukan di hutan hujan tropika dari Mexico ke Brasil, dan juga di Pulau Thailand, di Karibia. Ini adalah haiwan bersendirian yang menghabiskan siang hari bersarang di bawah daun palma, dan kemudian terbang tinggi di malam hari, memburu rama-rama dan serangga terbang lain.

Kelawar Chapin's
Kelawar ini mempunyai "rambut" yang aneh, dan kelawar jantan mengeluarkan bau aneh untuk menarik perhatian betina selama musim kahwin. Mereka makan serangga dan hidup di hutan hujan Afrika Tengah.

Kelawar Bermuka Kerutan
Spesies pemakan buah ini ditemui di Mexico dan Amerika Tengah, di mana ia dikenali sebagai "Murcielago viejito" ("kelawar orang tua") atau Murcielago zopilote ("Kelawar kondor"), kerana tubuhnya agak telanjang dan keriput. Mereka mempunyai lipatan besar kulit yang mereka gunakan sebagai topeng untuk menutup wajah mereka ketika mereka tidur.

Kelawar Bertelinga Besar
Kelawar terbang ini memakan serangga terbang, seperti kelawar lain, menggunakan echolocation untuk mencari mangsanya. Telinga besar mereka memberi mereka pendengaran jauh lebih baik daripada kelawar bertelinga kecil. Mereka mempunyai genera berbeza-beza dan ditemui di banyak bahagian dunia.

Kelawar Pemancing
Kelawar besar ini hidup di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan dan sebahagian besar memakan ikan. Menggunakan kaki panjang bercakar untuk mengambil ikan di permukaan air dan kemudian memakan melalui sayapnya. Yang relatif lebih kecil dari jenis Fishing Bat adalah Lesser Fishing Bat yang makanannya adalah serangga air.

Kelawar Bermuka Hantu
Kelawar Bermuka Hantu banyak tersebar di Dunia, dari Amerika Syarikat, Selatan hingga Peru. Mereka nyaris tidak berhidung, mempunyai flap kulit aneh yang keras di wajah mereka dan dahi yang sangat menonjol yang memberi mereka penampilan sangat aneh. Mereka makan serangga pada waktu malam.

Sucker Footed Bat
Kelawar ini, endemik Madagascar, awalnya dijangka menggunakan pembersih pada sayapnya dan pergelangan kaki untuk bergelantungan di daun palem dan permukaan licin lain. Namun saat ini diketahui bahawa mereka tidak menggunakan tenaga hisap, melainkan adhesi, dengan menghasilkan bahan melekit yang bertindak sebagai semacam-lem sama seperti lekatan dijumpai di katak pohon dan salamander.

Kelawar Berhidung Tabung
Dijumpai di hutan hujan Filipina, kelawar ini mempunyai salah satu wajah aneh di antara mamalia. Telinga gelap dengan bintik kuning, mata berwarna oren dan, terutamanya, hidung yang mirip tabung, memberikan penampilan wajahnya mirip tokoh kartun. Kebanyakan mereka makan buah ara dan buah-buahan lain, tetapi dalam keadaan tertentu mereka juga makan serangga.

Kelawar Berkepala Palu
Dijumpai di hutan hujan Afrika, kelawar besar ini mendapatkan namanya kerana bentuk kepalanya yang besar juga aneh, tetapi ini hanya pada yang jantan. Sebahagian besar thorax kelawar jantan adalah ruang untuk beresonansi yang membolehkan mereka untuk menghasilkan suara yang sangat keras untuk menarik kelawar betina. Mereka memakan buah-buahan dan kadang-kadang, ia juga memakan haiwan lain