.

BANNER

PEPIJAT ( BAD BUGS )

 

PEPIJAT ( BAD BUGS )

Pepijat merupakan sejenis serangga yang berkait rapat dengan manusia, haiwan peliharaan, kelawar,burung dan lain-lain mamalia. Satu-satunya makanan pepijat ialah darah dari haiwan yang berdarah panas.

Saiz seekor pepijat ialah lebih kurang 1/5 inci panjang dan 1/8 inci lebar. Pepijat berwarna coklat kemerahan dan berbentuk oval serta sangat leper.

Pepijat mempunyai mulut yang berjarum kecil untuk mencucuk mangsa bagi menghisap darah. Pepijat yang kekenyangan kelihatan besar sedikit dan menjadi kurang leper.

Telut pepijat berbentuk panjang dan dilekatkan pada sekitar kawasan di mana mangsanya tidur. Seekor pepijat betina akan bertelur sebanyak 2 biji telur sehari dan akan menghasilkan sebanyak 200 biji telur selama hayatnya. Telur akan menetas sekitar 6 ke 17 hari dan melahirkan anak pepijat yang kecil, tidak berwarna dan berbentuk seperti pepijat dewasa.

Untuk membesar anak pepijat memerlukan darah sebagai makanan sebelum dia boleh bertukar kulit untuk pembesaran. Ia bergantung kepada kemudahan bagi mendapatkan darah mangsanya untuk membesar. Jarak dari lahir hingga dia berupaya menetaskan telur adalah antara 4 hingga 9 minggu.

Pepijat adalah serangga yang tahan lasak walaupun tanpa makanan selama lebih setahun dia masih mampu hidup. Dia juga tahan cuaca panas dan juga cuaca sejuk. Walau bagaimanapun anak pepijat lebih kurang lasak berbanding pepijat dewasa.

Darah kegemaran pepijat adalah darah manusia tetapi mereka juga tidak menolak jika terdapat darah binatang seperti ayam, kucing, tikus, anjing dan seumpamanya. Kebiasaannya mereka mencari makanan pada waktu malam tetapi terdapat juga aktiviti pada waktu siang di tempat-tempat seperti panggung wayang, pejabat dan seumpamanya.

Walaupun di dalam makmal para penyeledik mendapati pepijat mampu menjadi agen pembawa kepada penyakit seperti anthrax, plague, tularemia, demam kuning, dan typhus namun belum ada bukti yang nyata bahawa mereka memainkan peranan dalam penyebaran penyakit tersebut. Jadi pepijat tidak dimasukkan ke dalam serangga pembawa penyakit yang menular.

Pepijat akan menyorok pada waktu siang di celahan atau rekahan struktur bangunan seperti pada lantai dinding, celahan perabut dan sebagainya. Mereka dapat menyorok dicelahan yang sempit di sebabkan bentuk badan mereka yang leper.

Tempat kebiasaannya ialah pada tepian tilam, di celah-celah katil, celah spring katil, atau mana-mana ada ruang di sekitar katil. Juga di celahan perabut sekitar bilik tidur seperti di kerusi, celahan sofa atau celahan kabinet. Pada kawasan yang teruk di serang pepijat kita akan dapati mereka menyorok hampir di semua tempat seperti di celahan rekahan dinding, sebalik frame gambar, dan juga di kabinet-kabinet. Keadaan asas yang digemari mereka ialah tempat yang gelap dan terlindung.

Kehadiran pepijat dapat dikenal pasti melalui baunya yang tengik. Gigitan pepijat dapat menimbulkan kesan kemerahan pada kulit dan kadangkal gatal. Ia boleh mendatang kesan yang teruk bagi mereka yang alah kepada gigitan serangga. Kesan tompok kecil darah pada tilam atau kesan najis dari pepijat yang berbintik hitam di celahan katil atau tilam juga menjadi satu tanda kehadiran pepijat.

Pepijat Dewasa

 
Anak Pepijat