.

BANNER

PROFAIL


Sabri Pest Enterprise adalah sebuah syarikat perkhidmatan kawalan perosak dengan menawarkan setiap perkhidmatan bagi memenuhi keperluan kepada pelanggan kami, dari kediaman, komersil, pejabat dan kilang. Kami beroperasi di Lembah Keramat Kuala Lumpur, perkhidmatan kami juga boleh didapati di Selangor dan sekitar kawasan yang memerlukan penyelesaian yang berkesan untuk masalah serangga perosak di kawasan mereka.

Sabri Pest Enterprise mempunyai rangkaian yang luas dan komprehensif dalam perkhidmatan kawalan serangga perosak, Kami bersedia untuk menangani pelbagai masalah serangga perosak,ini termasuk rumah & bangunan pejabat, Kami menyediakan perkhidmatan penghapusan anai-anai, dan juga perkhidmatan anti-bakteria.
 
Sabri Pest Enterprise disokong oleh rakan perniagaan iaitu Knockout Fumigation Sdn. Bhd merupakan syarikat kawalan perosak dan juga membekalkan peralatan kawalan perosak dan racun. Dengan portfolio besar produk daripada syarikat multinasional seperti Bayer, Syngenta, Dow Agrosciences dan Behn Meyer, STH mempunyai reputasi yang tinggi dan boleh dipercayai dengan produk tulen. Prinsip yang sama ini yang Sabri Pest Enterprise mengekalkan dan menjunjung dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi kepada pelanggan kami.

Kami menawarkan perkhidmatan kawalan serangga seperti :
  • Lipas
  • Anai-anai
  • Kelawar
  • Tikus
  • Lalat
  • Burung
  • Cicak
  • Semut
  • Lebah
  • Kutu
  • Nyamuk
  • Tebuan
  • Kutu
  • Kucing 
Kepada Pelanggan korporat, komersil dan domestik termasuk pejabat-pejabat korporat, premis perniagaan, rumah kedai, restoran, kafe, kedai roti, disko, pub, panggung wayang, pusat membeli belah, hospital, hotel, kondominium & rumah kediaman.Kami menggunakan teknik yang terkini dan paling berkesan untuk kawalan perosak. Setiap racun yang digunakan telah diluluskan oleh Jabatan Pertanian Malaysia dan Jabatan Kimia Malaysia. Semburan, penggerudian, perangkap, gam-papan, gel umpan, suntikan kimia dan lain-lain bentuk perangkap. Produk yang digunakan tidak akan menimbulkan masalah kepada pelanggan dan teknik yang digunakan adalah mesra alam.